Posts

Showing posts from August, 2017

KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata Bilangan Nama Betul : Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Kata Nama Am : Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll 3. Kata nama am dapat dibahagikan kepa