Posts

Showing posts from July, 2017

KATA KERJA TRANSITIF DAN TAK TRANSITIF

Definisi Kata Kerja Transitif :   Kata kerja yang diikuti objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat. Biasanya objek tersebut terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Ciri-Ciri :   1- Kata kerja berawalan ter- 2- Kata kerja berawalan meN- 3- Kata kerja berapitan meN-...-i 4- Kata kerja berapitan meN... . ...kan 5- Kata kerja berawalan memper- 6- Kata kerja berapitan memper... . ...i 7- Kata kerja berapitan memper... . ...kan Contoh Ayat : 1- Ibu tertelan tulang ikang. 2- Anas menendang bola di padang. 3- Farhan selalu megikuti jejak Rasulullah s.a.w. 4- Dia mempelajari bahasa asing dengan kawan sebiliknya. 5- Dia cuba mempertemukan keluarga dan bakal ayah mertuanya. Definisi Kata Kerja Tak Transitif : Kata kerja yang berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain dihadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang. Ciri-Ciri :  1- Kata kerja tanpa imbuhan 2- Kata kerja berawalan beR- 3- Kata kerja berawalan meN- 4-

1.4 BAHASA DAN BUDAYA

A- Pengertian Bahasa Istilah bahasa dalam bahasa Indonesia, sama dengan language, dalam bahasa Inggeris, taal dalam bahasa Belanda, sprache  dalam bahasa Jerman, lughatun dalam bahasa arab, dan bahasa dalam bahasa Sansekerta. Istilah-istilah tersebut, masing-masing mempunyai aspek tersendiri, sesuai dengan pemakainya, untuk menyebutkan suatu unsur kebudayaan yang mempunyai aspek yang sangat luas, sehingga merupakan konsep yang tidak mudah didefinisikan, seperti yang diungkapkan oleh para ahli. 1. Menurut Sturtevent berpendapat bahwa bahasa adalah sistem lambang sewenang-wenang, berupa bunyi yang digunakan oleh anggota-anggota suatu kelompok sosial untuk bekerja sama dan saling berhubungan. 2. Menurut Chomsky (1957:13) language is a set of sentences, each finite length and contructed out of a finite set of elements. 3. Menurut Keraf (1997:1), bahasa adalah alat komunikasi antara anggota masyarakat, berupa lambang bunyi suara yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Masih banyak l

1.3 STATUS DAN FUNGSI BAHASA MELAYU :

• Bahasa adalah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari (sewenang-wenangnya) untuk menyampaikan fikiran, pendapat, dan perasaan.                                                                                                                              ( Edward Sapir , 1921 ) • Suatu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung, bekerjasama, dan bergotong-royong.                                                                                                                                   ( Bloch and Trager ) • Bahasa atau la langue sebagai satu gejala sosial yang dipunyai oleh seluruh masyarakat yang menggunakan bahasa. Manakala pertuturan atau la parole pula adalah penghasilan seseorang individu.                                                                                                                ( Ferdinand de Saussure , 1959 ) Oleh itu, bahasa ada

1.2 DASAR DAN KEPENDUDUKAN BAHASA MELAYU :

Bahasa Melayu Moden  ∎ Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. ∎ Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. ∎ Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. ∎ Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. ∎ Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. 1.2.1 Asas Pemilihan Bahasa Melayu : Bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa kebangsaan atas dasar bahasa Melayu merupakan (a) Baha

1.1.2 BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA :

∎ Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. ∎ Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia. ∎ Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. ∎ Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.  ∎ Francois Valentijn pernah meriwayatkan bahawa kerajaan Melaka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat. ∎ Natijahnya, bahasa melayu berfungsi sebagai bahasa lingua franca di kepulauan Melayu disebabkan bahasa ini mudah dipelajari, bersifat sederhana, tidak terikat kepada susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbandin

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU :

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu : ∎ Bahasa Melayu Kuno, ∎ Bahasa Melayu Klasik dan ∎ Bahasa Melayu Moden. 1- Bahasa Melayu Kuno : ∎ Merupakan keluarga bahasa Nusantara. ∎ Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.  ∎ Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana :  ∎ Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.  ∎ Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat  ∎ Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. ∎ Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.  Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana :  ∎ Pengaruh agama Hindu  ∎ Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempun