Posts

Showing posts from June, 2017

BAB 1 : ASAL USUL BAHASA MELAYU

1.1 Asal Usul Bahasa Melayu : 1.1.1 Rumpun Bahasa Melayu 1.1.2 Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut : 1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo- lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644- 645 Masihi.Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. 2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iatu Sungai Melayu.  3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I- Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.  4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh di