BAB 1 : ASAL USUL BAHASA MELAYU

1.1 Asal Usul Bahasa Melayu :

1.1.1 Rumpun Bahasa Melayu

1.1.2 Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca



Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut :

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo- lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644- 645 Masihi.Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iatu Sungai Melayu. 

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I- Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. 

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.


Asal Usul Bangsa Melayu :

- Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan dan dikenali sebagai kumpulan pertama sebagai Melayu Proto. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Mereka berketurunan Asli di Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. 

- Manakala kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi dan berketurunan Melayu di Malaysia. 

- Dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam serta mempunyai bilangan penduduk yang lebih ramai daripada Melayu Proto. Mereka tinggal di kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

- Kedua dua kumpulan ini dikenali sebagai Austronesia dan bahasa-bahasa yang terdapat dia Nusantara sekarang adalah berpunda daripada bahasa Austronesia ini.

- Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama- sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. 

- Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa- bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Comments

Popular posts from this blog

KATA BANTU

SINTAKSIS PEMBINAAN AYAT

TATABAHASA BAHASA MELAYU