KATA KERJA TRANSITIF DAN TAK TRANSITIF

Definisi Kata Kerja Transitif : Kata kerja yang diikuti objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat. Biasanya objek tersebut terdiri daripada kata nama atau frasa nama.

Ciri-Ciri : 

1- Kata kerja berawalan ter-
2- Kata kerja berawalan meN-
3- Kata kerja berapitan meN-...-i
4- Kata kerja berapitan meN.......kan
5- Kata kerja berawalan memper-
6- Kata kerja berapitan memper.......i
7- Kata kerja berapitan memper.......kan

Contoh Ayat :

1- Ibu tertelan tulang ikang.
2- Anas menendang bola di padang.
3- Farhan selalu megikuti jejak Rasulullah s.a.w.
4- Dia mempelajari bahasa asing dengan kawan sebiliknya.
5- Dia cuba mempertemukan keluarga dan bakal ayah mertuanya.


Definisi Kata Kerja Tak Transitif : Kata kerja yang berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain dihadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang.

Ciri-Ciri : 

1- Kata kerja tanpa imbuhan
2- Kata kerja berawalan beR-
3- Kata kerja berawalan meN-
4- Kata kerja berawalan teR-
5- Kata kerja berapitan ber.......an

Contoh Ayat :

1- Dia asyik tidur dari tadi.
2- Samiun berjalan menuju ke Cyber Cafe.
3- Laila menyanyi untuk suaminya.
4- Alex termenung memikirkan isterinya.
5- Ikmal berpelukan sebaik sahaja bermaaf-maafan dengan ibunya.



Comments

Popular posts from this blog

KATA BANTU

SINTAKSIS PEMBINAAN AYAT

TATABAHASA BAHASA MELAYU