PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU :
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu :
∎ Bahasa Melayu Kuno,
∎ Bahasa Melayu Klasik dan
∎ Bahasa Melayu Moden.
∎ Merupakan keluarga bahasa Nusantara.
∎ Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
∎ Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana :
∎ Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
∎ Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
∎ Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
∎ Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana :
∎ Pengaruh agama Hindu
∎ Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
∎ Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
∎ Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
∎ Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
∎ Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
∎ Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik :
∎ Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
∎ Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356):
∎ Ditulis dalam huruf India.
∎ Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.
∎ Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) :
∎ Masih memakai abjad India.
∎ Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata- kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.
c. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303- 1387):
∎ Ditulis dalam tulisan Jawi
∎ Membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
∎ Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
2- Bahasa Melayu Klasik :
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu :
∎ Zaman kerajaan Melaka
∎ Zaman kerajaan Acheh
∎ Zaman kerajaan Johor-Riau
∎ Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singel.
Ciri-Ciri Bahasa Klasik :
∎ Ayatnya yang panjang, berulang, berbelit-belit
∎ Kebanyakkannya ayat pasif
∎ Menggunakan bahasa istana
∎ Kosa kata klasik : ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
∎ Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) : sebermula, alkisah, hatta, adapun.
∎ Ayat songsang
∎ Banyak menggunakan partikel "pun" dan "lah"
3- Bahasa Melayu Moden :
∎ Ianya bermula pada abad ke- 19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman Melayu moden.
∎ Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusateraan, dan bahasa pengantar di pusat pendididkan Islam.
∎ Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahsa pengantar dalam sistem pendidikan.
∎ Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebahai bahasa kebangsaan.
∎ Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.
∎ Bahasa Melayu Kuno,
∎ Bahasa Melayu Klasik dan
∎ Bahasa Melayu Moden.
1- Bahasa Melayu Kuno :

Comments
Post a Comment