KATA BANTU

KATA BANTU

Kata bantu ialah perkataan yang bertugas membantu frasa kerja (kata kerja bantu), frasa adjektif dan frasa sendi nama untuk menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Selain itu, kata bantu boleh dibahagi bahagi kepada dua jenis iaitu:

i) kata bantu aspek 

Kata bantu aspek digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu pada masa kini, pada masa hadapan, dan pada masa lampau.

Kata Bantu Aspek
Ayat Contoh
akan
Peperiksaan UPSR akan bermula pada bulan September.
belum
Amar belum menghantar buku latihan Bahasa Malaysia.
masih
Shafiyyah masih tinggal di Taman Impian Permata.
pernah
Ihtisyam pernah menetap di Kuala Lumpur.
sedang
Ibu sedang menyiram pokok bunga.
sudah
Namila sudah bertolak ke Senawang selepas solat subuh tadi.
telah
Thanabalan  telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya.

ii) kata bantu ragam

Kata bantu ragam digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan.


Kata Bantu Ragam
Ayat Contoh
boleh
Adik sudah boleh membaca dengan lancar.
dapat
Nazrul dapat menyiapkan latihan itu dengan cepat.
harus
Kita harus menghormat ibu dan bapa.
hendak
Kumar dan Aliff hendak ke perpustakaan pada petang nanti.
mahu
Jasmine mahu ke kedai untuk membeli sekilo gula pasir.
mesti
Kita mestilah rajin belajar untuk memperoleh kejayaan.


  • Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir serentak seperti belum pernah, sudah pernah, masih sedang, masih belum, dan sebagainya.
  • Sesetengah kata bantu ragam juga boleh hadir serentak seperti mesti dapat, mesti mahu, harus boleh, dan sebagainya.
  • Selain itu, kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir serentak dalam ayat-ayat tertentu.

Contohnya :



Kata Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam
Ayat Contoh
masih boleh
“Topi keledar itu masih boleh digunapakai,” kata Ahmad kepada kawannya.
sedang hendak
Kapal terbang itu sedang hendak mendarat di lapangan terbang.
belum boleh
Buah durian itu belum boleh dimakan.
belum dapat
Pihak polis belum dapat menangkap pencuri itu.
belum hendak
Kami belum hendak pulang lagi.
akan dapat
Pemenang kuiz akan dapat melancong ke New Zealand.

Begitu juga dengan kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Contohnya :

Kata Bantu Ragam dan Kata Bantu Aspek
Ayat Contoh
harus  sudah
Kamu harus sudah menyiapkan kerja itu kerana sudah petang
mesti akan
Sampah itu mesti akan busuk jika tidak dibuang.
mesti boleh
Kami mesti boleh menjuarai perlawanan itu.
mesti sudah
Rancangan televisyen itu mesti sudah tamat.

Comments

Popular posts from this blog

TATABAHASA BAHASA MELAYU

SINTAKSIS PEMBINAAN AYAT