TATABAHASA BAHASA MELAYU

Teori Bahasa :

Teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa.  Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami pengguna. Dengan itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri.

Oleh itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan intrinsik penutur  jati yang ideal.

Menurut  ensiklopedia bebas (Wikipedia ), tatabahasa bahasa Melayu secara umumnya mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis. Mofologi  ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata manakala sintaksis pula adalah kajian tentang pembentukan ayat.

1.0 Morfologi

Asmah Hj Omar ( 1993 ), menyatakan morfologi sebagai peninjau linguistic yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem. Manakala Abdullah Hassan ( 2005 ), pula mentakrifkan mofologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan di bina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan. Menurut Nik Safiah Karim ( 2008 ), menjelaskan mofologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh yang dinyatakan dapatlah dijelaskan bahawa morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu  ialah morfem.

1.1 Morfem

Morfen ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Contohnya, perkataan  bawa. Bawa tidak akan berfungsi dan bermakna jika dipecahkan kepada  ba dan wa. Sebaliknya kata dibawa  boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan bawa. Kesimpulannya perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Merfem terbahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

1.2 Morfem Bebas

Menurut Mark S. Letourneau (2001)  mentakrifkan morfem bebas yang disebut “free morphemes” dalam bahasa Inggeris sebagai”…morphemes that can occur by themselves in a phrase or sentence”. Contohnya perkataan “write” yang boleh berdiri sendiri dalam rangkai kata atau ayat. Abdullah Hassan (2004), morfim bebas secara ringkas sebagai morfem yang boleh wujud bersendirian. Contohnya, perkataan peluh yang boleh hadir secara bersendirian sebagai sebuah kata.

Berdasarkan pendapat yang diberikan dapatlah disimpulkan bahawa morfem bebas ialah morfem yang boleh berdiri sendiri dan difahami maksudnya tanpa kehadiran morfem lain. Contohnya, perkataan murid, jual dan baik yang boleh berdiri dengan sendiri dan difahami maknanya tanpa perlu menerima morfem lain untuk membolehkannya berfungsi sebagai kata.

1.3 Morfem terikat/imbuhan

Menurut Mark S. Letourneau ( 2001), morfem terikat yang dikenali sebagai “ bound morphemes” dalam bahasa Inggeris sebagai “… morphemes that cannot occur by themselves”. Contohnya, - s, -er, dan –ing yang perlu hadir bersama dengan  morfem lain bagi membolehkan morfen jenis ini membentuk kata seperti dalam kata “writes” “writer” dan “writing”. Manakala, Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan morfem terikat mesti digunakan bersama sekurang – kurangnya satu morfem lain. Contohnya, berpeluh daripada cantuman ber dan peluh. Imbuhan awalan  ber – ialah morfem terikat kerana ber – tidak boleh berdiri berdiri sendiri dan memerlukan suatu bentuk lain dalam penggunaannya.

Menurut Abdullah Hassan ( 2005 ), kata akar seperti kata anai juga merupakan morfem terikat. Kata anai ini tidak boleh wujud bersendirian jika tidak digandakan menjadi anai - anai.

Kesimpulannya, morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh wujud bersendirian tanpa kehadiran morfem lain. Morfem terikat ini terdiri daripada imbuhan dan kata akar. Kata akar seperti tapa, tari dan rama memerlukan unsur dan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, Contohnya kata akar tapa perlu menerima imbuhan ber – menjadi bertapa bagi menunjukkan perbuatan. Namun demikian, terdapat juga bentuk-bentuk kata penuh yang dikategorikan sebagai morfem terikat. Bentuk kata penuh yang dikategorikan sebagai morfem terikat ialah kata yang tidak boleh berdiri sendiri untuk membawa makna yang lengkap. Contohnya, perkataan mayur tiada makna jika tidak ditulis atau disebut sayur-mayur.

Morfen terikat/imbuhan boleh dibahagikan seperti berikut:

a)      Awalan.

Ditambah pada badagian depan kata dasar.

Contoh: berlari, bermain, membaca

b)      Akhiran.

Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.

Contoh : ambilan, mainan, temui

c)      Sisipan.

Diselit di antara unsur-unsur kata dasar.

Contoh : telapak (tapak)

d)     Apitan.

Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar.

Contoh : permainan, perusahaan, memasukkan

2.0 Sintaksis

Sintaksis merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Comments

Popular posts from this blog

KATA BANTU

SINTAKSIS PEMBINAAN AYAT