SINTAKSIS PEMBINAAN AYAT

Apakah Sintaksis :

  • Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
  • Manusia berkemampuan membentuk ayat-ayat yang tidak pernah didengar dan dilihatnya.
  • Bagaimana perkataan digabungkan untuk membentuk ayat.
  • Sistem yang mengkaji peraturan dan kategori dalam asas pembentukan ayat bagi sesuatu bahasa.
  • Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Perkataan ‘sintaksis’ berasal daripada perkataan Yunani iaitu sun yang bererti ‘dengan’ dan tattein yang bererti menempatkan kata-kata secara bersama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Kata “suntattein” ini kemudian menjadi istilah “syntaxis” dalam bahasa Belanda, dan “syntax” dalam bahasa Inggeris. Sintaksis menurut Nik Safiah Karim (et al.,1993:317) adalah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.  Bagi Abdullah Hassan (1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.  Bagi kajian sintaksis ini, pengkaji telah memilih lagu “ Gadis Jolobu” nyanyian Dato’ Hattan bersama Waris untuk dijadikan kajian.

 
Struktur Binaan Ayat

Struktur binaan ayat atau konstruksi terbentuk daripada unit kecil rangkai kata yang dikenali sebagai kata atau konstituen.

Pembahagian subjek dan predikat

Subjek : Konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau lebih perkataan yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat : Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama. Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur  frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.


Pembahagian Ayat 

Ayat dasar : Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam ayat dasar, konstituen subjek mendahului konstituen predikat. Selain itu, semua ayat boleh dikesan melalui rangka dasarnya yang tertentu. Ia juga mempunyai pola ayat dasar. Daripada pola tersebut terbit ayat lain iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau pasif dan sebagainya. Bagi ayat dasar, ia terdiri daripada ayat penyata yang membawa maksud ayat yang diucapakan dengan mkasud membuat penyataan.

Pola Ayat Dasar

Pola
Subjek
Predikat
1
FN
Oghang
Ughang
FN
Jolubu
kampong
2
FN
Ayam
FK
berkokok
3
FN
Gadis
FA
cantik
4
FN
Gadis cantik
FSN
Kek Jolubu berkampung
Ayat Terbitan : Ayat terbitan merupkan ayat-ayat yang lebih panjang atau kompleks. Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan atau unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau predikat sesuatu ayat dasar.

contoh :

ayat dasar : Ali guru.

ayat terbitan : Ali guru sementara di sekolah itu.

 

Susunan dalam Ayat

Susunan ini menentukan kedudukan subjek dan predikat dalam ayat.

Susunan biasa : binaan ayat yang subjeknya terletak dihadapan ayat, diikuti oleh predikat

Susunan songsang : binaan ayat yang predikatnya mendahului subjek.

 

Ragam Ayat

Terdapat 2 golongan ragam ayat iaitu, ayat aktif dan ayat pasif.

Ayat aktif : ayat yang menekankan objek dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul

Ayat pasif : menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan keatasnya dan mengutamakan subjek terbitan sebagai judul

 

Jenis Ayat

Terdapat 4 jenis ayat  iaitu ayat  penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

Ayat penyata : ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan suatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.

” laki boleh hidup kalau campak dalam hutan “

“ Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan “

Ayat tanya : ayat yang tujuannya mengemukakan sesuatu pertanyaan

Ayat perintah : diucapkan untuk tujuan memberikan arahan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perntah ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu :

a. ayat perintah suruhan

” Poie tanya omak poie tanya uwan “

” Kok takdo kosompotan buleh tanyo kawan-kawan “

b. ayat perintah larangan

” Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai “

” Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai “

” Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan “

” Kok dah dapek yang dicari jangan terlansung semayang suboh “

c. ayat perintah silaan

d. ayat perintah permintaan

Ayat seruan : diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu keadaan persaan seperti marah, takut, geram, takjub dan sebagainya.

 

Proses Penerbitan Ayat

Dalam Bahasa Melayu terdapat 3 proses penerbitan ayat, iaitu;

a) pengguguran: satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu.

b) penyusunan semula: proses ini melibatkan perubahan pada susunan perkataan dan frasa dalam ayat.  Umumnya, proses penyusunan semula ayat tidak membawa perubahan pada makna ayat.

c) peluasan: proses yang menambahkan unsur baharu ke dalam ayat.

Comments

Popular posts from this blog

KATA BANTU

TATABAHASA BAHASA MELAYU