Posts

TOKOH BAHASA KEBANGSAAN

Syed Syeikh al-Hadi Nama beliau yang sebenarnya ialah Syed Syeikh bin Ahmad al-Hadi. Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka pada tahun 1867. Beliau mendapat pendidikan di Mekah, Beirut dan Kaherah. Pernah belajar dengan Muhammad Abduh, seorang reformis Islam. Beliau mengelolakan penerbitan al-Imam (1906-08) dengan rakannya Syeikh Muhammad Jalaluddin al-Azhari, Syeikh Muhammad Salleh Al-Kalali dan Haji Abbas Mohammad Taha setelah kembali ke tanah air.  Beliau menghasilkan novel saduran pertama berjudul Hikayat Faridah Hanum. Keuntungan jualan novel itu digunakan untuk mendirikan The Jelutong Press, Pulau Pinang. Syarikat percetakan itu menerbitkan majalah al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928). Syed Syeikh al-Hadi merupakan seorang tokoh sastera, agama, pendidikan, dan wartawan yang berwibawa. Beliau merupakan tokoh reformis Islam yang secara sedar menyuarakan keburukan budaya Barat, kepentingan pendidikan, emansipasi wanita dan Islam yang progresif. Kembali Dari P

ANALISIS AYAT

Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Ayat Penyata 1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. 2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. 3. Ayat contoh: a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini. c) Dia suka menonton rancangan televisyen. d) Datuk sedang berehat di ruang tamu. e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan. Ayat Tanya 1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. 2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. 3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan. (i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya 1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata. 2. Dalam tul

JENIS-JENIS AYAT

Analisis ayat (jenis-jenis ayat) 1)AYAT PENYATA Definisi:  1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. 2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Ayat contoh: a) Pelajar-pelajar sedang  mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini. c) Dia suka menonton rancangan televisyen. d) Datuk sedang berehat di ruang tamu. e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan. 2) AYAT SERUAN Definisi: 1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya. 2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan. 3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya. Ayat contoh: a) Amboi, cantiknya gadis itu! b) Wah, mahalnya baju ini! c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini! d) Cis, berani kamu pukul saya! e) Syabas, kamu telah menang! 3)

TATABAHASA BAHASA MELAYU

Teori Bahasa : Teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa.  Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami pengguna. Dengan itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Oleh itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan intrinsik penutur  jati yang ideal. Menurut  ensiklopedia bebas (Wikipedia ), tatabahasa bahasa Melayu secara umumnya mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis. Mofologi  ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata manakala sintaksis pula adalah kajian tentang pembentukan ayat. 1.0 Morfologi Asmah Hj Omar ( 1993 ), menyatakan morfologi sebagai peninjau linguistic yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem. Manakala Abdullah Hassan ( 2005 ), pula mentakrifkan mofologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan di bina. Kajian ini dilakukan ter

SINTAKSIS PEMBINAAN AYAT

Apakah Sintaksis : Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk , struktur , dan binaan atau konstruksi ayat . Manusia berkemampuan membentuk ayat-ayat yang tidak pernah didengar dan dilihatnya . Bagaimana perkataan digabungkan untuk membentuk ayat . Sistem yang mengkaji peraturan dan kategori dalam asas pembentukan ayat bagi sesuatu bahasa. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat . Perkataan ‘sintaksis’ berasal daripada perkataan Yunani iaitu sun yang bererti ‘dengan’ dan tattein yang bererti menempatkan kata-kata secara bersama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Kata “suntattein” ini kemudian menjadi istilah “syntaxis” dalam bahasa Belanda, dan “syntax” dalam bahasa Inggeris. Sintaksis menurut Nik Safiah Karim (et al.,1993:317) adalah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat t

KATA BILANGAN

KATA BILANGAN Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan. Terdapat enam jenis kata bilangan,iaitu: A . Kata Bilangan Tentu                                  D. Kata Bilangan Pisahan B. Kata Bilangan Tak tentu                            E. Kata Bilangan Pecahan C. Kata Bilangan Himpunan                          F. Kata Bilangan Tingkat (A)   Kata Bilangan Tentu Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan bilangan yang tentu seperti satu,seratus,seribu, dan dua juta. (B)   Kata Bilangan Tak tentu Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa,sebahagian,semua,seluruh,segala,segelintir,segenap,sebilangan,sekalian,para dan berbagai-bagai. (C)   Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan.Kata bilangan tersebut adalah seperti berpuluh-puluh,berates-ratus, dan ketiga-tiga. (D)   Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan pisahan ialah kata yang d

KATA BANTU

KATA BANTU Kata bantu ialah perkataan yang bertugas membantu frasa kerja (kata kerja bantu), frasa adjektif dan frasa sendi nama untuk menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Selain itu, kata bantu boleh dibahagi bahagi kepada dua jenis iaitu: i) kata bantu aspek  Kata bantu aspek digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu pada masa kini, pada masa hadapan, dan pada masa lampau. Kata Bantu Aspek Ayat Contoh akan Peperiksaan UPSR akan bermula pada bulan September. belum Amar belum menghantar buku latihan Bahasa Malaysia. masih Shafiyyah masih tinggal di Taman Impian Permata. pernah Ihtisyam pernah menetap di Kuala Lumpur. sedang Ibu sedang menyiram pokok bunga. sudah Namila sudah bertolak ke Senawang selepas solat subuh tadi. telah Thanabalan  telah mendaftarkan diri di Universiti