TOKOH BAHASA KEBANGSAAN

Syed Syeikh al-Hadi

Nama beliau yang sebenarnya ialah Syed Syeikh bin Ahmad al-Hadi. Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka pada tahun 1867. Beliau mendapat pendidikan di Mekah, Beirut dan Kaherah. Pernah belajar dengan Muhammad Abduh, seorang reformis Islam. Beliau mengelolakan penerbitan al-Imam (1906-08) dengan rakannya Syeikh Muhammad Jalaluddin al-Azhari, Syeikh Muhammad Salleh Al-Kalali dan Haji Abbas Mohammad Taha setelah kembali ke tanah air. 

Beliau menghasilkan novel saduran pertama berjudul Hikayat Faridah Hanum. Keuntungan jualan novel itu digunakan untuk mendirikan The Jelutong Press, Pulau Pinang. Syarikat percetakan itu menerbitkan majalah al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928). Syed Syeikh al-Hadi merupakan seorang tokoh sastera, agama, pendidikan, dan wartawan yang berwibawa. Beliau merupakan tokoh reformis Islam yang secara sedar menyuarakan keburukan budaya Barat, kepentingan pendidikan, emansipasi wanita dan Islam yang progresif.


Kembali Dari Pengajian

Kembali ke Malaya, beliau terpengaruh dengan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari yang mendedahkannya dengan pemikiran Muhammad Abduh dan Rashid Rida. Bersama-sama Shaikh Mohamad Tahir, Sheikh Mohamad Salim al-Kalili dan Haji Abbas Mohamad Tahar, mereka memulakan penerbitan Majalah Al-Imam pada 23 Julai 1906 di Singapura. Pada 4 Februari 1908, beliau membuka Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah di Singapura. Antara tahun 1909 - 1915, beliau menjadi peguam di mahkamah syariah di Johor Bahru. Tetapi pada tahun 1915, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tersebut membolehkan beliau kembali ke Melaka dan membuka madrasah di sana bersama Haji Abu Bakar Ahmad yang kemudian dikenali sebagai Madrasah Al-Hadi.

Pindah Ke Pulau Pinang

Tetapi masyarakat Melayu di Melaka tidak menyukai cara pengajaran yang disampaikan oleh beliau yang ketika itu disifatkan terlalu radikal dan kontroversi. Kemudian pada tahun 1919, beliau berpindah ke Pulau Pinang dan membuka Madrasah Al-Mashoor, dimana salah seorang tenaga pengajar di madrasah itu ialah Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari. Madrasah al-Mashhor juga antara antara madrasah yang terkenal dengan pengaruh gerakan radikal pada zaman penjajah. Madrasah tersebut merupakan sebagai instrumen untuk memberi pendidikan kepada pemikir dan aktivis reformis muda Muslim ketika itu.

Pada tahun 1927, beliau meninggalkan profesion perguruan dan membuka Percetakan Jelutong di Pulai Pinang yang merupakan penerbitan yang bersifat reformasi Islam. Beliau menerbitkan Tafsir Al-Quran oleh Muhammad Abduh dan juga lain-lain penerbitan berkaitan artikel dan buka reformasi. Pada tahun 1926, beliau melancarkan jurnal bulanan, Al-Ikhwan dan pada tahun 1928, beliau menerbitkan akhbar harian, Saudara. Antara penulis untuk akhbar Saudara ialah Abdul Rahim Kajai.

Syed Sheikh al-Hadi meninggal dunia pada 20 Februari 1934.

Hasil Penulisan

Hasil penulisannya termasuk:-

Hikayat Faridah Hanum, 1925
Anak dara Ghasan, jilid 1-2. Singapura: Harmy, 1959.
Hikayat setia asyik kepada maksuk. Pulau Pinang: Jelutong Press.
Rokombul dalam Sibiria. Pulau Pinang: Jelutong Press.

Comments

Popular posts from this blog

KATA BANTU

TATABAHASA BAHASA MELAYU

SINTAKSIS PEMBINAAN AYAT