KATA GANDA

Definisi Kata Ganda : Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Berimbuhan

A - Gandaan Seluruh Kata :

Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Contoh :

Gandaan kata nama
Gandaan Kata kerja
Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat

Senarai Kata Ganda Seluruh :
alat-alat, awal-awal, baik-baik, benar-benar, besar-besar, budak-budak, cacing-cacing, cepat-cepat, curam-curam, dalam-dalam, daun-daun, dekat-dekat, elok-elok, erat-erat, gajah-gajah, gemuk-gemuk, hampir-hampir, hitam-hitam, ibu-ibu, jarang-jarang, jari-jari, kadang-kadang, kasar-kasar, kereta-kereta, lazat-lazat, lembu-lembu, lembut-lembut, nakal-nakal, nanas-nanas, nyaris-nyaris, pagi-pagi, putih-putih.

Contoh penggunaan kata ganda seluruh dalam ayat :

1. Kura-kura dapat hidup di darat atau di dalam air.
2. Pahlawan itu handal-handal belaka.
3. Buku yang dibelinya tebal-tebal belaka.
4. Undang-undang perlu kita patuhi.
5. Layang-layang itu terbang tinggi di angkasa.
                       

Senarai kata ganda seluruh mengikut kelas kata  : 
A. Kata Ganda Seluruh (Kata Nama)  Contoh:
      gado-gado, kunang-kunang, berang-berang, kupu-kupu, beri-beri, ubur-ubur, angan-angan, ura-ura, kelip-kelip, rama-rama.

B. Kata Ganda Seluruh (Kata Adjektif)  Contoh :
        hitam-hitam, muda-muda,, kaya-kaya indah-indah, jinak-jinak, gagah-gagah, ragu-ragu,
        hebat-hebat ,  susah-susah, lama-lama.

C. Kata Ganda Seluruh (Kata Kerja)  Contoh :
        main-main, pulang-pulang, marah-marah, duduk-duduk, muntah-muntah, baring-baring.

D. Kata Ganda Seluruh (Kata Keterangan)  Contoh:
        kadang-kadang, terang-terang, kalau-kalau, masak-masak, kira-kira, laju-laju, moga-moga,
        ketat- ketat, sayup-sayup, kuat-kuat.

• Kata ganda seluruh ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.
       Perhatikan penerangan yang berikut:-

A. Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan tunggal)
      Contoh   :    agar-agar, onde-onde, ampai-ampai, ilam-ilam, amung-amung, biri-biri, angkut-   angkut, dalu-dalu, baling-baling, jemput-jemput.

B. Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan banyak)
Contoh   :  sahabat-sahabat, rajah-rajah, pintar-pintar, jari-jari, lesen-lesen, kedai-kedai, musuh-musuh, tua-tua, nama-nama ,gelas-gelas.

Dari segi ejaan atau penulisan, kata ganda seluruh mestilah dibubuh tanda sempang ( - ).
Contoh   :    Anak-anak, pelajar-pelajar, cawan-cawan.

Frasa setara tidak boleh diulang atau digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya untuk menyatakan maksud jamak (bilangan banyak).
 Contoh: 1.a) Ibu-ibu bapa (X)
                  b) Ibu bapa (√)
               2.a) Pinggan-pinggan mangkuk. (X)
                  b) Pinggan mangkuk (√)

• Kata ganda yang sudah bermakna jamak oleh sebab penggandaan, maka kata ganda itu tidak boleh disertai kata bilangan.
Contoh: 1.a) Tiga biji gelas-gelas itu telah retak. (X)
                 b) Gelas-gelas itu telah retak. (√)
                 c) Tiga biji gelas itu telah retak. (√)

• Dalam binaan ayat, sekiranya kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif telah sedia membawa makna jamak, maka kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak boleh digandakan lagi.
 Contoh: 1.a) Gelas- gelas minuman itu cantik-cantik belaka. (X)
                  b) Gelas minuman itu cantik-cantik belaka (√)

 • Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda seluruh yang menyatakan makna tunggal.        
Contoh: 1.Tiga ekor rama-rama.

              2.Empat orang kanak-kanak itu cacat penglihatan.

B - Gandaan Separa / Separuh :

1- Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
2- Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Gandaan Separa/  Separuh

1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.

Contohnya :

lelaki
bebola
lelabah
pepohon
jejari
kekuda
jejentik
kekabu
dedaun
kekisi

Senarai Kata Ganda Separa :
Bebawang ,bebenang,bebudak,cecair,dedalu,dedaun,dedawai,gegendang,geguli,jejari
Jejarum, jejentik, kekabu, kekisi,kekunci, kekuda, lelaki,lelangit,lelayang, pepejal ,pepijat, pepenjuru ,rerambut ,sesiku, sesungut ,tetamu, tetangga.


Contoh penggunan kata ganda separa dalam ayat :

1. Kekotak itu disusun dengan rapi sekali.
2. Peparu wanita itu berair.
3. Bebuluh itu dibelah un tuk dibuat lantai rumah.
4. Ibu suka makan bebotok.
5. Laluan masuk ke gua batu itu dipenuhi dengan sarang lelabah,

• Kata ganda separa ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak

Perhatikan penerangan yang berikut.
A. Kata Ganda Separa (maksud bilangan tunggal)
     Contoh: oneng-oneng, tetamu, kekuda, tetulang, jejentik, sesiku, kekabu, sesendi, tetupai, lelayang.

B. Kata Ganda Separa (maksud bilangan jamak/banyak)
     Contoh :  lelada  dedahan, kekotak, jejari, jejala, pepohon, dedaun, bebuluh,

• Dalam penulisan, kata ganda separa tidak memerlukan tanda sempang ( - ).
Contoh: le-laki (X) ke-kura (X)
                lelaki (√)   kekura (√)

• Kata bilangan tidak boleh digunakan kepada kata ganda separa yang telah sedia membawa makna jamak.
Contoh:
1.  a) Beberapa helai dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (X)
     b) Dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
     c) Beberapa helai daun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)

• Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda separa yang menyertakan makna tunggal atau satu.
Contoh:
1. Tiga ekor lelabi itu mati di dalam air sungai yang telah tercemar itu.
2. Lima ekor pepijat merayap di atas tilamnya.

C - Gandaan Berirama :

1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

Contohnya :
(a)  Persamaan bunyi di pangkal   :  lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
(b)  Persamaan bunyi di hujung   :   karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
(c)  Penyesuaian bunyi seluruhnya   :   compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.

Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima :

Persamaan Bunyi           
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian bunyi
Seluruhnya
batu-batan
anak-pinak
bolak-batik
beli-belah
calar-balar
compang-camping
bengkang-bengkok
cerai-berai
dolak-dalik
corat-coret
comot-momot
gopoh-gapah
degap-degup
gotong-royong
gunung-ganang
dentam-dentum
karut-marut
haru-biru
desas-Jesus
kaya-raya
huru-hara
gembar-gembur
kuih-muih
huyung-hayang
gerak-geri
pindah-randah
kacau-bilau
Gandaan Berirama :
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.

Contohnya :

lauk-pauk
batu-bata
saudara-mara
bukit-bukau
kacau-bilau
tunggang-langgang
tanah-tanih
semak-samun
bengkang-bengkok
gelap-gelita

Contoh penggunaan kata ganda bersajak/berima dalam ayat :

1. Mereka beroleh ubat -ubatan itu dari bukit yang berhampiran.
2. Desas- desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam syarikatberkenaan.
3. Mulut Tok bomoh itu kumat -kamit membaca jampi serapah.
4. Pihak berkuasa terus memburu saki -baki komunis yang masih bersembunyi di dalam hutan di negara ini.
 5. Dalam keadaan kelam-kabut itu ayah terlupa untuk membawa telefon bimbitnya.

Senarai kata ganda bersajak/berima :
A.  Kata ganda bersajak (kata nama)
Contoh   :    anak-pinak, gunung-ganang, awan-gemawan, sayur-mayur, lauk-pauk, rempah-ratus, kuih-muih, kayu-kayan, semak-samun, bukit-bukau, sampah-sarap, tali-temali.

B.  Kata ganda bersajak (kata adjektif)
Contoh   :   gilang-gemilang, lekak-lekuk, kusut-masai, porak-peranda, segar-bugar, ramah-tamah, serba-serbih, riuh-rendah. terang-benderang, karut-marut, licin-licau, gundah-gulana.

A.  Kata ganda bersajak (kata kerja)
Contoh   :    bolak-balik, ayun-temayun, corat-coret, huru-hara, kacau-bilau, kicak-kicau, kicang kecok, lenggang-lenggok, susup-sasap ,beli-belah.

B.  Kata ganda bersajak (kata keterangan)
Contoh   :   lambat-laun, pontang-panting, lintang-kedak, serta-merta, lintang-pukang, tunggang langgang.

Kata ganda bersajak/berima yang telah sedia membawa makna sangat atau paling, maka kata penguat tidak noleh digunakan lagi bagi menguatkan maksud kata ganda bersajak atau berima itu.
Contoh:
1. a) Lantai bilik air itu sangat licin-licau. (X)
    b) Lantai bilik air itu licin-licau. (√)
    c) Lantai bilik air itu sangat licin. (√)

2. a) Rambut orang gila itu sangat kusut-masai. (X)
    b) Rambut orang gila itu kusut -masai. (√)
    c) Rambut orang gila itu sangat kusut. (√)

D - Gandaan Berimbuhan :

Kata Ganda Berimbuhan :

Kata Ganda Berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan.

Kata Ganda Berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).
Contoh:
Awalan   :   tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh, melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanya-tanya.

Akhiran   :   buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman, sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian, kenang-kenangan


Apitan   :   bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecil-kecilnya 

Sisipan  :   awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik, tulis-menulis, usik-mengusik, ukir-mengukir

Kata Ganda Berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut :
A.  Kata Ganda Berimbuhan (kata nama)
      Contoh   :    anak-anakan, orang-orangan, buah-buahan, rumah-rumahan, daun-daunan   ,tumbuh-tumbuhan.

B.  Kata Ganti Berimbuhan (kata adjektif)
      Contoh   :    mudah-mudahan hidup-hidupan mati-matian masam-masaman manis-manisan   besar-besaran

C.  Kata Ganda Berimbuhan (kata kerja)
      Contoh   :    umpat-umpatan, tumbuk-menumbuk, tuduh-menuduh ,caci-mencaci, keji-mengeji, ukur-mengukur.

D.  Kata Ganda Berimbuhan (kata keterangan)
      Contoh   :    sebaiknya sesungguhnya seboleh-bolehnya seharusnya sedapat-dapatnya  selewat-  lewatnya.

 Contoh penggunaan Kata Ganda Berimbuhan dalam ayat :

1.   Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.
2.   Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran.
3.   Ah Keong bermati -matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
4.   Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.
5.   “Seelok-eloknya kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan,” kata Aida kepada Ruby.


• Apabila Kata Ganda Berimbuhan yang digunakan dalam ayat telah sedia menyatakan makna berulang- ulang, maka kata berkali- kali atau berulang- ulang tidak boleh digunakan selepas kata ganda berimbuhan itu.
 Contoh:
1.  a.   Adik melambai -lambaikan tangannya berkali -kali sebelum dia menaiki pesawat itu.(X)       
     b.   Adik melambai -lambaikan tangannya sebelum dia menaiki pesawat itu. (√) 

• Sekiranya Kata Ganda Berimbuhan yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan maksud menyaling, maka kata saling tidak perlu lagi.
Contoh:
1.   Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling potong-memotong. (X)
2.   Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. (√)
3.   Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling -memotong. (√)

Comments

Popular posts from this blog

KATA BANTU

SINTAKSIS PEMBINAAN AYAT

TATABAHASA BAHASA MELAYU