KATA GANTI NAMA

Kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri. Untuk pengetahuan anda, kata ganti nama bukan sahaja terhad kepada kata ganti nama diri tetapi merangkumi juga kata ganti tak tentu, kata ganti nama tempat, kata ganti nama tunjuk, dan kata ganti tanya.

Kata ganti nama diri dapat digolongkan kepada  tiga bentuk iaitu :


  • Kata ganti nama diri pertama 
  • Kata ganti nama diri kedua 
  • Kata ganti nama diri ketiga 
1.  Kata ganti nama diri pertama 
Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap.
Contoh kata ganti nama diri pertama dan penggunaannya ialah sepertimana di bawah;


Bentuk
Penggunaan
Contoh ayat
Tunggal 
Aku
Sewaktu bercakap dengan rakan atau tuhan 
1.Aku berlindung pada-mu,Tuhan.
2.”Berikan aku pen itu,”kata Ah Chong kepada Ramu. 
Saya
Sewaktu bercakap dalam majlis rasmi atau  dengan orang yang baru dikenali 
1.Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan sekalian. 
Beta
Sewaktu Raja atau Sultan bertitah  kepada rakyat  
1.Beta murka dengan kelakuan tuan hamba. 
Patik
Sewaktu golongan bawahan  bercakap dengan Raja 
Ampun tuanku, sembah patik harap diampun.
Hamba
Digunakan sebagai kata ganti nama diri sendiri pada zaman dahulu. 
1.Siapakah  geranagan tuan hamba?
Jamak 
Kami
Mewakili pihak yang ramai apabila bercakap dengan orang lain
1.”Kami akan belajar bersungguh-sungguh,” kata mereka.  
Kita
Digunakan kepada diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap 
1.Kita rakyat Malaysia.
2.Di manakah kita sekarang. 

2.  Kata ganti nama diri kedua 
Kataganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk orang yang dilawan bercakap.

Awak
Anda
Engkau
Tuanku
Kalian
Kamu
Hamba

Bentuk
Penggunaan
Contoh Ayat
Awak
Digunakan untuk membahasakan diri orang kedua 
1.Saya akan kerumah awak esok.
2.Bilakah awak tiba?
Anda
Digunakan untuk orang yang tidak dikhususkan percakapan atau dalam satu kumpulan 
1.Anda dilarang membuang sampah di sini.
2.Anda diminta tunggu sebentar.
Engkau
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat dengan kita atau Tuhan 
1.Jangan engkau hiraukan tentang diri saya. 
2.Engkau yang Maha Pemurah.
Tuanku
Digunakan apabila bercakap dengan Sultan atau Raja 
1.Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun.
Kalian
Digunakan ketika bercakap dengan sekumpulan orang 
1.Diharap kalian dapat bersabar.
2.Kalian tidak dibenarkan bercakap. 
Kamu
Digunakan ketika bercakap dengan orang yang rapat dengan kita 
1.Bilakah kamu tiba?
2.Kamu akan berjaya jika rajin berusaha.  
Hamba
Digunakan ketika merujuk kepada percakapan bahasa orang-orang terdahulu.
1. "Hamba berharap tuan hamba akan datang ke teratak buruk hamba malam nanti,"  kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

3. Kata ganti nama diri ketiga

Kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk merujuk orang yang diperkatakan.

Ia
Dia
Beliau
Baginda
Mereka


Bentuk
Penggunaan
Contoh Ayat
Tunggal 


Ia 
Digunakan untuk merujuk benda atau haiwan yang diperkatakan 
1. Itu kapal terbang.Ia bergerak pantas.
2. Si Comel mengiau- ngiau. Ia kehilangan anak. 
Dia 
Digunakan untuk merujuk seseorang yang diperkatakan 
1Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga Encik Hamid. 
Beliau 
Digunakan untuk merujuk seseorang yang berkedudukan atau terhormat 
1. Beliau pemimpin yang dihormati. 
2. Beliau pensyarah di Universiti Malaya. 
Baginda 
Digunakan untuk merujuk Sultan atau Raja 
1. Baginda memerintah negeri dengan adil dan saksama. 
Jamak


Mereka 
Digunakan untuk merujuk sekumpulan orang yang diperkatakan 
1.  Mereka sedang bermain bola.
2. Antara mereka dialah yang terpandai.,


Kata Ganti Tak Tentu 

1. Kata ganti nama tak tentu ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan sesuatu yang tidak tentu (tidak pasti) atau umum sifatnya.

2. Kata ganti nama tak tentu boleh digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, benda, tempat, waktu dan perkara.

3. Contoh kata ganti nama tak tentu ialah apa-apa, mana-mana, siapa-siapa (sesiapa) dan bila-bila.

Contoh :

Kata Ganti Nama
Tak Tentu
Penggunaanya
apa-apa
benda atau perkara yang tidak tentu atau umum sifatnya.
mana-mana
benda atau tempat yang tidak tentu atau umum.
siapa-siapa (sesiapa)
manusia (orang) yang tidak tentu atau umum sifatnya.
bila-bila
masa atau waktu yang tidak tentu.

Contoh ayat:

(a) Bawalah ke sini apa-apa yang ada di atas meja itu.

(b) Buatlah apa-apa yang berfaedah semasa cuti sekolah begini.

(c) Mana-mana yang berat, kita angkat bersama.

(d) Kami tidak pergi ke mana-mana semalam, hanya duduk-duduk di rumah.

(e) Sesiapa yang berminat boleh menghadiri ceramah yang diadakan oleh Datuk Dr. Harun Din.

(f) Polis sedang menyiasat siapa-siapa yang disyaki dalam kes pembunuhan itu.

(g) Kita akan mendarat pada bila-bila masa sahaja sekarang.

(h) Perlawanan itu akan ditamatkan pada bila-bila masa sahaja.

KATA GANTI NAMA TEMPAT 

Digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu tempat.

ada tiga kata ganti nama tempat, iaitu sini, situ dan sana.

Kata Ganti Nama Tempat
Penggunaan
Ayat contoh
sini
Digunakan untuk menunjukkan tempat yang dekat atau berhampiran dengan orang yang bercakap.
  1. Di sinilah tempat saya sering mencari ilham untuk menghasilkan karya saya.
  2. "Letakkan beg kamu di sini," kata Cikgu Lim kepada murid baru itu.
situ
Digunakan untuk menunjukkan tempat yang jauh. Tempat yang dimaksudkan itu masih kelihatan oleh orang yang bercakap.
  1. Jangan berdiri di situ kerana tempat itu tidak selamat.
  2. Dia ke situ sekali-sekala sahaja.
sana
Digunakan untuk menunjukkan tempat yang jauh dan tidak kelihatan oleh orang yang bercakap.
  1. Saya tidak berani ke kedai sana kerana terpaksa melalui simpang jalan yang sibuk.
  2. Di lebuh raya sana, ada sebuah pondok polis.

KATA GANTI NAMA TUNJUK

Digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempat.
ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu.

Kata Ganti Nama Tunjuk
Penggunaan
Ayat contoh
ini
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat.
  1. Ini jalan ke rumah Tok Penghulu.
  2. Bilik ini telah lama dikosongkan.
itu
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh.
  1. Pemuda itu sering mundar-mandir di luar sekolah kami menjelang senja.
  2. Kaca mata itu sesuai untuk digunakan pada waktu malam.

KATA GANTI TANYA

Terdapat tiga jenis Kata Ganti Nama Diri Tanya, iaitu:
                (a) apa
                (b) siapa
                (c) mana

Kata Ganti Nama Diri Tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, dan tempat.

Terdapat Kata Ganti Nama Diri Tanya keterangan, iaitu:
                (a) bagaimana
                (b) bila
                (c) mengapa

Berapa pula merupakan Kata Ganti Nama Diri Tanya bilangan.


Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Tanya :

Kata Tanya
Penggunaannya
Contoh Ayat

apa
menanyakan nama benda dan binatang
1. Apa nama kucing itu?
2. Kertas apa yang kamu beli?

siapa

menanyakan orang dan nama orang
1. Siapa yang datang bersama kamu itu?
2. Nama kamu siapa?

mana

menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat
1. Cikgu mana?
2. Awak tinggal di mana?
3. Bola baru mana?
4. Kucing awak mana?

bila

menanyakan masa
1. Bila dia pulang dari sekolah?
2. Bila peperiksaan PMR bermula?

mengapa

menanyakan sebab
1. Mengapakah cikgu datang awal?
2. Mengapa budak itu menangis?
berapa
menanyakan jumlah atau bilangan
1. Berapakah harga kereta ini?

bagaimana

menanyakan cara dan keadaan
1. Bagaimanakah dia pergi ke sekolah?
2. Bagaimanakah keadaan Azim sekarang?

Comments

Popular posts from this blog

KATA BANTU

SINTAKSIS PEMBINAAN AYAT

TATABAHASA BAHASA MELAYU