KATA SERU
KATA SERU
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru. Perhatikan penerangan di bawah.
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru
|
Penggunaannya
|
Ayat Contoh
|
aduh
|
untuk menyatakan
perasaan sakit dan kagum
|
1. Aduh, sakitnya
tanganku!
2. Aduh, besarnya
rumahmu!
|
aduhai
|
untuk menyatakan
perasaan sedih
|
Aduhai, malang sungguh
nasibku!
|
ah
|
untuk menyatakan tidak
setuju atau menolak sesuatu
|
1. Ah, saya tetap tidak
mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak
dapat kuterima!
|
amboi/wah
|
untuk menyatakan
perasaan hairan atau kagum
|
1. Amboi, mahal betul
kereta itu!
2. Wah, berani betul
budak itu!
|
cis/cih
|
untuk menyatakan
perasaan marah dan benci
|
1. Cis, berani dia
menentangku!
2. Cih, mereka tidak
kenal siapa aku !
|
eh
|
untuk menyatakan
perasaan hairan atau terkejut
|
1. Eh, kamu sudah
sampai!
2. Eh, tadi dia ads di
sini!
|
hai
|
untuk menegur seseorang
atau menarik perhatian
|
1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits
tidak bertemu!
|
Contoh lain kata seru dan ayat :
Kata Seru
|
Maksud
|
Contoh ayat
|
wahai
|
menyatakan perasaan
sayang atau merayu
|
Wahai adik ku sayang !
|
amboi
|
menunjukkan perasaan
kagum
|
Amboi, tingginya
bangunan KLCC ini !
|
hai
|
|
Hai, ke mana kamu
menghilang selama ini !
|
nah
|
|
Nah, terimalah habuanmu
!
|
aduh
|
perasaan sakit
|
Aduh, sakitnya tanganku
ini !
|
wah
|
perasaan hairan
|
Wan, cantiknya merak
ini !
|
ceh
|
|
Ceh, usah membantah
kata-kataku ini !
|
bedebah
|
marah
|
Bedebah, berani engkau
berkata begitu kepadaku !
|
cis
|
marah atau jijik
|
Cis, awak rupanya yang
menjadi batu api !
|
oh
|
terkejut hairan,
gembira atau mengharap
|
Oh, itu rupanya rumah
kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah
dosa-dosaku !
|
eh
|
hairan
|
Eh, bila ia terjadi !
|
syabas
|
gembira, puas, memuji
atau ucap tahniah
|
Syabas, awak berjaya
juga akhirnya !
|
alahai
|
menghina
|
Alahai, itu pun awak
tak boleh buat !
|
alamak
|
terkejut
|
Alamak, sudah pukul
8.00 pagi !
|
ha
|
hairan
|
Ha, budak itu yang
menang !
|
Ya-Allah
|
terkejut
|
Ya-Allah, apa akan
berlaku nanti !
|
Masya- Allah
|
hairan atau marah
|
Masya-Allah, sanggup
dia melakukan perbuatan biadap itu !
|
Comments
Post a Comment